Tuesday, August 26, 2008

Pilihanraya Kecil P44

Pilihanraya kecil P44 telah selamat berlalu, dan umum mengetahui Dato' Seri Anwar Ibrahim telah berjaya mendapatkan kembali kerusi Parlimen yang beliau duduki sebelum ini. Kemenangan ini membuktikan betapa DSAI masih luas pengaruhnya di Permatang Pasir dan di Malaysia, walaupun pelbagai tuduhan undang-undang telah dilemparkan kepada beliau. Tahniah diucapkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Tujuan penulisan ini, walaubagaimanapun, bukannya untuk membincangkan relevensi DSAI dalam politik Malaysia. Tulisan ini sekadar meluahkan pandangan berkaitan suasana sebelum pilihanraya kecik tersebut.

Kebetulan pada malam 25 Ogos lepas (malam sebelum pihanraya), saya perlu menghantar adik saya kembali ke UiTM Pulau Pinang yang berada dalam kawasan Permatang Pauh. Apa yang dapat disaksikan pada malam itu ialah ratusan penyokong PKR yang membanjiri kawasan tersebut hingga menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk dikawasan tersebut. Apa yang dikesali adalah terdapat sesetangah penyokong bermotosikal memandu dalam keadaan merbahaya sambil mengibarkan bendera dan membunyikan hon, hingga mengganggu pemandu lain. Yang menyedihkan, polis yang bertugas tidak pula mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka.

Pada pandangan penulis, mereka ini bukanlah penyokong PKR yang sebenar. Mereka hanyalah sekadar pemuda yang seronok mengambil kesempatan terhadap keadaan. Malam pilihanraya seakan memberi 'lesen' kepada mereka untuk melakukan apa sahaja tanpa perlu risau tindakan undang-undang. Timbul perntanyaan, adalah ini yang dikatakan 'kesedaran demokrasi' yang sering dilaungkan?

No comments: